Blog Unit Kaunseling Kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang Gambang

Welcome to My Blog

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Wednesday 9 March 2016

BAGAIMANA TEMUJANJI SESI KAUNSELING DIADAKAN?

BAGAIMANA TEMUJANJI SESI KAUNSELING DIADAKAN?


TEMUJANJI SESI

WAKTU PERKHIDMATAN:
Anda boleh berjumpa dengan kaunselor pada waktu bekerja pejabat seperti gambar di bawah. Kehadiran anda amat dialu-alukan oleh pihak Unit Kaunseling & Kerjaya KMPh.


TEMUJANJI KAUNSELING
  • Anda boleh membuat temujanji dengan mengisi borang temujanji sesi sama ada individu / kelompok. Borang temujanji boleh didapati di kaunter HEP KMPh atau download borang di laman ini & serahkan pada Kaunter HEP atau terus pada kaunselor berkenaan.Anda akan dihubungi & diberitahu tentang pengesahan perjumpaan dengan kaunselor. 
  • Anda juga boleh datang secara sukarela iaitu terus berjumpa kaunselor di bilik pada waktu lapang iaitu waktu tiada kuliah. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat UKK pada waktu kuliah perlu mendapatkan pengesahan kebenaran daripada pensyarah berkenaan (kes-kes tertentu).Walau bagaimanapun,perjumpaan dengan kaunselor pada waktu kuliah adalah tidak dibenarkan sekiranya tiada kepentingan / kes-kes tertentu.
  • Anda juga boleh mendapatkan khidmat bimbingan & kaunseling melalui laman blog ini di laman utama iaitu di ruangan e-kaunseling (dalam pembinaan) tanpa berjumpa dengan kaunselor.
Download Borang Temujanji Sesi Individu / Kelompok:

0 comments:

Post a Comment